IMPIAN WAKAF AL QURAN 1,000,000 DARI MALAYSIA UNTUK MUSLIMDI AFRIKA

IMPIAN SUMBANGAN WAKAF AL QURAN DARI MALAYSIA UNTUK MUSLIM DI AFRIKA
Yayasan Amal Malaysia, NGO dakwah dan kebajikan mempunyai impian mengumpul wakaf Al Quran untuk disumbangkan kepada fakir miskin dan daif terutamanya di madrasan pedalaman komuniti Muslim di Afrika dan Asia.
Kami sudah menyaksikan ribuan anak-anak yang cintakan Al Quran, membaca dan menghafalnya tetapi mushaf Al Quran mereka lusuh, carik dan koyak. Allahuakbar..
Kami mencari pewakaf yang bermurah hati seperti anda untuk membantu mewakafkan Al Quran untuk dihadiahkan kepada mereka.
HANYA RM30 UNTUK SENASKAH ALQURBAN
Wakaf Al Quran anda akan diagihkan kepada pelajar-pelajar madrasah dan perkampungan terpilih khususnya di kawasan pedalaman Afrika serta beberapa kawasan pedalaman di Malaysia dan serantau Asia.
Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah "Working for Humanity, Serving God". Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia. Anda boleh layari website kami di alamat