BERWAKAF UNTUK PEMBINAAN KOMPLEKS PUSAT DAKWAH SERANTAU (PDS)


Dengarkan Amanat Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din, Mantan Penasihat Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau. Hanya Anda Mampu Menjadikan Amanat Beliau Realiti.


PEMBANGUNAN KOMPLEKS KEKAL PUSAT DAKWAH SERANTAU DI KG LABOHAN DAGANG, BANTING SELANGOR

Pihak pengurusan Yayasan Amal Malaysia sedang berusaha membangunkan kampus induk, sebuah kompleks di atas tanah berkeluasan 5 ekar di Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor dengan kos pembinaan keseluruhan berjumlah dalam RM 30 juta.

Kami ingin menjemput tuan-puan yang budiman untuk bersama memberi sumbangan pembangunan projek (membina bangunan untuk pembinaan kompleks PDS Yayasan Amal Malaysia yang menguruskan Pusat Dakwah Serantau)

"HANYA RM50 UNTUK 1 LOT  WAKAF BAGI PEMBANGUNAN WAKAF KOMPLEKS PUSAT DAKWAH SERANTAU (PDS)"


FUNGSI DAN MATLAMAT PUSAT DAKWAH SERANTAU (PDS)

Pusat Dakwah Serantau adalah ilham daripada Almarhum TG Dato Dr Haron Din untuk melahirkan para dai’e daripada pedalaman yang kelak setelah tamat pengajian di PDS selama 3 tahun akan pulang semula ke pedalaman untuk mengajak lautan manusia kepada Islam.

Pusat Dakwah Serantau (PDS) dibawah seliaan NGO Yayasan Amal Malaysia merupakan satu-satunya insitusi pendidikan agama yang mengfokuskan pengajian dalam bentuk Membangunkan Dai'e Pendakwah Lapangan yang terdiri dari kalangan Muallaf-muallaf daripada Sabah, Sarawak dan Rantau Asian.

Tugas ini bukan tugas yang mudah, tugas yang kebanyakan daripada kita tidak sanggup menggalasnya. Kerja sukarela, tanpa upah yang banyak. Sumbanglah sekadar mampu agar tugas-tugas daie ini tidak tergendala.

Pelajar saudara baru Pusat Dakwah Serantau yang sedang mengikuti pengajian agama Islam yang lebih mendalam di PDS


“Demi Allah, seandainya dengan usaha kamu mengajak seseorang beriman kepada Allah, dihidayahkan Allah berhasil, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada mendapat unta merah (kekayaan dunia yang lumayan.” (HR Bukhari & Muslim)


PENGAJIAN PARA PELAJAR PUSAT DAKWAH SERANTAU (PDS) DI KAMPUS SEMENTARA DI KG SG. MERAB LUAR, KAJANG


Himpunan mingguan para pelajar di perkarangan kampus sementara di Sg Merab Luar, Bangi

Aktiviti para pelajar di surau sementara, Pusat Dakwah Serantau di Sg Merab Luar, Bangi


Lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama


AKTIVITI LAPANGAN LEPASAN PARA DAEI DAN DAEIYAH PUSAT DAKWAH SERANTAU (PDS)


Para Daei mengimarahkan surau dan giat menjalankan aktiviti kemasyarakatan di pedalaman




Membimbing anak-anak di pedalaman kepada ilmu agama Islam



Kelas bimbingan yang di asaskan oleh daei lepasan Pusat Dakwah Serantau




Para Daei PDS menjadi wakil penghubung kepada masyarakat

Aktiviti ziarah mahabbah para Daeiyah Pusat Dakwah Serantau

Para Daeiyah sebagai pendidik di 5 buah Tadika Amal Hidayah di pedalaman Sabah yang telah diwujudkan oleh Yayasan Amal Malaysia 





"إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجۡرَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ"

 "Sesungguhnya Allah tidak akan mengsia-siakan pahala orang-orang yang membuat kebaikan". 

-Surah At-Tawbah, Ayat 120"



Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah "Working for Humanity, Serving God". Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia.  Anda boleh layari website kami di alamat
www.amalmalaysia.org.my  | www.facebook.com/amalmalaysia



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Saham Wakaf Untuk Pusat Islam Kompleks Yayasan Amal Malaysia
RM50 untuk 1 Lot Hibah Kompleks Pusat Dakwah Serantau
Sumbangan Infaq Ikhlas untuk Pusat Dakwah Serantau
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN