Rayuan Kecemasan Pasca Banjir

Rayuan Kecemasan Pasca Banjir

Rayuan Kecemasan DITUTUP



MUSIBAH BANJIR 2021 TINGGAL KENANGAN

Umum mengetahui bencana banjir telah melanda beberapa kawasan di dalam negeri semenanjung Malaysia baru-baru ini justeru pelbagai pihak berganding bahu dalam usaha membantu bukan sahaja dari segi kerahan tenaga malah sumbangan wang ringgit dan juga peralatan pembersihan dan pelbagai lagi turut diberikan. Sungguh rakyat Malaysia sangat pemurah!


Alhamdulillah


YAYASAN AMAL MALAYSIA melalui pelbagai program dan kerjasama daripada pelbagai pihak mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang yang baik hati.


Semoga Allah melipatgandakan rezeki kita semua dalam memudahkan segala urusan mereka di saat memerlukan pertolongan.


Di sini di lampirkan jumlah kutipan sumbangan sepanjang bencana dan selepas bencana banjir berlaku sebagai rujukan tuan-tuan dan puan-puan untuk mengetahui secara dekat aliran kewangan yang dikendalikan oleh YAYASAN AMAL MALAYSIA.


Semoga terus menyokong usaha YAYASAN AMAL MALAYSIA dalam membantu dan memberi pelbagai bentuk kemudahan kepada masyarakat umumnya dan buat semua rakyat Malaysia khususnya.


Berkhidmat Demi Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah!


Jazzakallah Khair 








Negara kita menyaksikan banjir besar paling teruk dalam tempoh 50 tahun terutama di Selangor dan Pahang pada Jumaat 17 Disember 2021. Ujian daripada Allah SWT dengan ujian banjir besar ini telah memberi kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat di lokasi yang terkesan.

YAYASAN AMAL MALAYSIA  menjemput saudara/saudari untuk bersama-sama berinfaq dan menyumbang untuk kita membantu meringankan beban mangsa. Keperluan barangan mendesak yang diperlukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir terutama sekali pada tempoh pasca banjir pada waktu ini. 


DAPUR RAKYAT AMAL MALAYSIA

#DapurRakyat telah mula beroperasi bermula 20 Disember 2021 hingga satu tempoh yang diperlukan untuk membekalkan nasi bungkus untuk mangsa-mangsa banjir dan juga petugas-petugas relawan yang terlibat.

Lokasi #DapurRakyat bertempat di EMPAT lokasi berikut;

1. Pusat Komuniti KRC, Taman Putra 2, Kota Raja, Shah Alam.

2. Kg Delek Kanan, Lorong Hjh Sakamah, Klang (Rumah Pak Jamu).

3. Pusat Dakwah Serantau, Kg Sungai Merab, Kajang.

4. Restoran Hj Azmi, Kajang





BARANGAN KEPERLUAN MENDESAK


Keperluan mendesak untuk kegunaan mangsa-mangsa yang terkesan juga memerlukan bantuan keperluan seperti berikut;

1) Hygiene kit (Berus gigi, ubat gigi, sabun) 
2) Water jet
3) Genset (petrol)
4) Susu kotak (pilihan utk anak-anak atas setahun) 
5) Pakaian kering dan bersih
6) Makanan kering (ready to eat seperti biskut dan roti)
7) Tuala wanita
8) Pampers (untuk kanak-kanak dan dewasa) 
9) Kelengkapan membersih (penyapu, glove, wiper)
10) Telekung dan kain pelikat


BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG?

Sumbangan untuk bantuan pasca banjir kami kategorikan kepada DUA iaitu;

  • Sumbangan dana untuk #DapurRakyat bermula dari RM10
  • Sumbangan Ikhlas untuk belian Barangan Keperluan Pasca Banjir  



SUMBANGAN KHAS

Selain sumbangan dana secara kewangan, kami juga mengalu-alukan sumbangan material seperti senarai di atas. Sebarang sumbangan terus boleh hubungi Encik Fikhry Hakim & Encik Dzoelkarnain




ANDA INGIN SERTAI SEBAGAI RELAWAN? 

JOM BERSAMA kita membantu memberi khidmat kepada masyarakat yang terjejas akibat bencana.

DAFTAR KEHADIRAN HARIAN ANDA untuk berkhidmat:


Klik >> BORANG DAFTAR RELAWAN PASCA BANJIR

Hubungi 01155008928 (Encik Syafiq) sebarang pertanyaan lanjut. 


BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN BERAMAL KERANA ALLAH


Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah "Working for Humanity, Serving God". Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia.  Anda boleh layari website kami di alamat



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Dapur Rakyat
HABIS STOK
Sumbangan Ikhlas Barangan Keperluan Pasca Banjir
HABIS STOK
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel admin@yayasanamalmalaysia.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaYAYASAN AMAL MALAYSIA
No. Akaun8600296190
Buka CIMB Clicks